cheegu PL. Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 15 Jun 2009

pengurusan bilik darjah dan faktor yang mempengaruhi

Dicatat oleh Cheegu PL
Reaksi: 
PENDAHULUAN
Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor). Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah; Menetapkan cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah. Menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik darjah (persekitaran pembelajaran). Memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Menentukan bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan tingkah laku negatif murid. Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah lazimnya diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari aspek sosial dan emosi, dan faktor teknikal. Walau bagaimanapun kebekersanan pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BILIK DARJAH
Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang,2008).
Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.(Haji Samsudin bin Md Noor, http://www.google.com.my).
Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juaga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008). Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala. Selain itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah dimana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti; Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas. cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas. cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas kerja dari guru.
Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008). Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah; Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif. Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan. Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra.. Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur, 2008). Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md Noor).
Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi (Mok Soon Sang, 2008). Di samping itu persediaan guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji Samsudin Bin Md Noor). Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan (Haji Samsudin bin Md Noor).
 KESIMPULAN
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).
RUJUKAN
 Mok Soon Sang. 2008. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sek. Rendah:Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.
Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh. 2007.Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sek. Men. Dan Sek. Ren. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.
Haji Samsudin bin Md Noor. Pengurusan Bilik Darjah Dinamik Ke Arah Pembinaan Modal Insan Berkualiti. (http://www.google.com.my/search?hl=en&q=pengurusan+bilik+darjah&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY online on 14/03/2008). www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/PENGURUSAN BD.pdf – online on 1/4/08

18 ulasan:

Mohd Ruslee B Mohd Salleh on 23 Disember 2009 4:22 PG berkata...

Saya pula Cikgu Ruslee yang kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di IPGM KKB.Saya ambil nota yang ada di sini untuk dijadikan bahan saya menyiapkan kerja kursus.

Cheegu PL on 28 Disember 2009 10:15 PTG berkata...

saya mengalu2kan cikgu2 yg berminat dgn asignment2 saya ini....yalah ilmu yg bermanfaat ialah ilmu yg dapat kita berkongsi bersama...wallahualam...

fiz berkata...

saya HAFIZ bakal guru yang sedang belajar di UPSI, saya ambik bahan di sini untuk siapkan tugasan saya . halalkan k.

Cheegu PL on 1 Mac 2010 5:37 PG berkata...

semoga anda berjaya menamatkan pengajian dan berjay menjadi guru yg cemerlang...:)

Tanpa Nama berkata...

saya dania dari upsi ...saya minta dr cikgu untuk ambil bhn dr sini untuk siapkn ass edu saya...

Tanpa Nama berkata...

saya seorang pelajar KPLI saya menggunakan bahan di sini untuk menyiapakan tugasan saya...saya mengambil nota sebagai rujukan dan amat berguna.

Tanpa Nama berkata...

saya nadia...dan sy juga telah megambil nota cikgu ini untuk rujukan saya dan di tokok tambah di dlm asimnt saya..saya harap cikgu halalkan..terima kasih

Cheegu PL on 16 April 2010 10:00 PG berkata...

terima kasih kerana sudi singgah di sini....semoga anda semua berjaya menjadi guru yang cemerlang...:)

Tanpa Nama berkata...

salam..saya ambil notes ni utk rujukan mnyiapkan asgmnt sy..hrp cikgu izinkan...

Izan Hasrin on 20 September 2010 11:34 PG berkata...

Salam tuan.. saya minta izin gunakan beberapa bahagian nota tuan utk tugasan saya. terima kasih.

miz ronldo berkata...

saya dani dari uniti
saya jgak amek nota ni ntok asgmt sy....harap halal'n n izin'n

Tanpa Nama berkata...

salam..saya dr upsi memohon kbnran cikgu untuk mngambil mklumat ini utk mnyiapkan assignment saya..dgn adanya sdikit mklumat yg cikgu berikan,maka saya boleh menyiapkan assignment saya..terima kasih ckgu..budimu xkn kulupa..

Cheegu PL on 23 November 2010 7:07 PG berkata...

alhamdulillah...semua anda semua berjaya menghasilkan assigntment yg mantoppsss.... :)

Tanpa Nama berkata...

Saya menggunakan bahan di sini sebagai tambahan rujukan saya. harap halalkan ilmunya yer. tq

Tanpa Nama berkata...

salam..saya dr upsi mohon kebenaran untuk mengambil maklumat ini utk menyiapkan assgment saya..mnta dihalalkan...

Tanpa Nama berkata...

salam..saya ingin bertanyakan pendapat isu apa yg sesuai dibahaskan bagi tajuk pengurusan kelas khas??

Cheegu PL on 22 Januari 2011 6:36 PG berkata...

waalaikumussalam cik tanpa nama...cik nak kelas khas pemulihan @ kelas pendidikan khas? pendapat saya, cik blh buat isu tingkah laku murid itu sendiri...ambik 1 @ 2 murid, kaji sumer tingkah lakunya...biasanya w/pun kelemahan dorang sama tp tingkah lakunya berbeza...lepas tu cadangkan bentuk, aplikasi dan pendekatan p&p yg sesuai utknya....adakah idea saya membantu cik?? :)

cik athirah on 12 April 2011 12:09 PG berkata...

saya juga mengambil nota cikgu sebagai rujukan saya..mintak dihalalkan ya cikgu

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Permata Pemulihan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez