Khamis, 2009 Julai 09

lawatan ke Zoo Negara....



Salah satu aktiviti tahunan untuk bebudak pemulihan ni....buat lawatan la....bebudak ni memang teruja abih nyer klu bab jalan2 nih!!!! tapi kira ok la...dapat meneutralkan balik iq diorang....ubah mood kasi diorang ceria...nak ngajar pun ada la semangat sket!!!!


Tapi letih gak la melayan karenah bdk2 nih.......tapi apa pun...saya amat berharap la bebudak ni dapat pengalaman yg manis yg dapat membantu perkembangan sahsiah dan pendidikan diorang....




Isnin, 2009 Jun 22

Guru berperanan dalam pembentukan pendidikan di Malaysia mencapai taraf pendidikan dunia

1. Pendahuluan

Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu..Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi atau impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu (Dr. Ismail Zain.)

Apabila kita membincangkan tentang ilmu dan pendidikan sudah pastilah melibatkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting sebagai agen pembangunan dan pembuka minda anak bangsa (Suara Dari Mimbar).

Guru yang baik adalah guru yang mempunyai anjakan minda yang positif dan sentiasa mahu menjadi terbilang atau lebih baik daripada sebelumnya.

Guru perlu menjadi pendidik cemerlang sebagai model dalam menangani cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh menjadikan ciri-ciri guru cemerlang sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku, prestasi dan pencapaian akademik yang berbeza (Rohana Man,2002).

Pandangan sarjana tentang ciri-ciri seorang guru.

Mohan dan Hull (1975) (
http://www.scribd.com/doc/2067734/Guru-Berkualiti-Penjana-Modal-Insan-Gemilang?query2=ciri-ciri+guru +berkualiti) mengenalpasti ciri-ciri guru berkualiti dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru.

Mohamed Bin Muda pula menegaskan guru perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri berikut:

  • menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
  • memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
  • dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
  • boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
  • memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula menyenaraikan guru cemerlang mempunyai ciri-ciri dari segi kualiti seperti peribadi, pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi dan sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara.

Berdasarkan pandangan sarjana tentang ciri-ciri guru, kami menyimpulkan ciri-ciri guru yang perlu ada bagi membantu menghasilkan pendidikan bertaraf dunia adalah:

2.2 Mahir dalam ciri-ciri pengajaran efektif.

Mak Soon Sang (2007) mengatakan ciri-ciri pengajaran efektif boleh dikenal pasti daripada perlakuan mengajar guru, iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.

3.1 Perancangan pengajaran

Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. (
http://www.scribd.com/doc/2067734/Guru-Berkualiti-Penjana-Modal-Insan-Gemilang? query2=ciri-ciri+guru+berkualiti).

Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.

3.2 Pelaksanaan pengajaran

Selain itu ciri kemahiran yang perlu ada pada guru adalah kemahiran menyampaikan pengajarannya. Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

3.3 Penilaian pengajaran

Ciri-ciri guru berkualiti yang seterusnya ialah guru mestilah membuat penilaian pengajaran. Ini ditegaskan oleh Ingham (dalam Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi.) yang menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.


4. Rumusan

Kesimpulannya bagi menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia, para guru perlulah menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Di samping itu guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu kearah menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia (Dr. Ismail Zain).

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Dalam meniti pendidikan bertaraf antarabangsa dengan ledakan ilmu dan kemajuan pesat dalam sains dan teknologi telah mendatangkan pelbagai inovasi dalam bidang pendidikan. Dengan itu, guru hendaklah memiliki ciri-ciri tertentu agar matlamat tersebut tercapai. Ciri-ciri guru dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek personaliti guru, ciri guru alaf baru dan ciri guru dari aspek pengajaran. Dengan ciri-ciri yang ada itulah matlamat negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia akan tercapai. Ini kerana, walau secanggih mana pun teknologi kita, kita tetap tidak dapat menidakkan fungsi seorang guru.

BAHAN RUJUKAN

Ee Ah Meng, Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, 2003.

Mok Soon Sang, Mtest (Ujian Penilaian Calon Guru Malaysia) Inventori Sahsiah Keguruan INSAK, Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd., Selangor, 2007.

Dr.Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat (Disember 1998), Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21. http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm online on 24/2/08


Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi.
http://pkukmweb.ukm.my/~pkaukm/BUKU%201%20&%202/PDF_buku%202/B8_Pend_Saedah_Nurhayati_Peningkatan%20Kualiti%20Pengajaran.pdf online 24/2/08

http://www.brunet.bn/news/pelita/20sept/khutbah.htm (Guru ejen pembangunan dan perubahan minda ummah) online on 28/2/08

http://www.pustaka.usm.my/docushare/dsweb/Get/Document-8601/KUALITI+ PERKHIDMATAN+GURU+DI+SEKOLAH+SEKOLAH+MENENGAH+DI+DAERAH+PULAU+PULAU+PINANG+SALMAH+KASSIM.pdf online on 28/2/08

http://www.scribd.com/doc/2067734/Guru-Berkualiti-Penjana-Modal-Insan-Gemilang?query2=ciri-ciri+guru+berkualiti

Sabtu, 2009 Jun 20

Lilypie - Personal pictureLilypie

Jumaat, 2009 Jun 19

Permata Pemulihan: Pengenalan Kepada Pemulihan

Permata Pemulihan: Pengenalan Kepada Pemulihan

Isnin, 2009 Jun 15

Pengurusan Rutin Bilik Darjah


Pengurusan Rutin Interaksi


interaksi sehala -- murid dan guru

interaksi dua hal -- murid dan murid

-- murid dan guru













Pengurusan rutin bilik darjah



  • penggunaan papan putih, LCD, carta, gambar, dan alat bantu mengajar, komputer, printer, TV, radio, scanner dan lain2 yang disusun dengan rapi dan kemas.

  • penyusunan kerusi dan meja murid.

  • pencahayaan dan pengudaraan yang kondusif

  • penyusunan buku2 dan bahan ilmiah serta bbm











Pengurusan Rutin Kerja Guru


  • meja guru
  • papan kenyatan untuk kerja pengurusan dan pentadbiran guru seperti jadula waktu, misi dan visi sek dll
  • pengurusan fail2 prestasi murid

pengurusan bilik darjah dan faktor yang mempengaruhi


PENDAHULUAN

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).

Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah;
Menetapkan cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah.
Menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim bilik darjah (persekitaran pembelajaran).
Memutuskan bagaimana guru akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah.
Menentukan bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat selepas membetulkan tingkah laku negatif murid.

Menurut kajian dalam Mok Soon Sang (2008), keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah banyak bergantung kepada corak interaksi guru dengan murid, murid dengan murid, dan murid dengan bahan pengajaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi corak dan suasana interaksi dalam bilik darjah lazimnya diklasifikasikan kepada tiga kategori, iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh dilihat dari aspek sosial dan emosi, dan faktor teknikal.

Walau bagaimanapun kebekersanan pengajaran dan pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada bagaimana sekolah mengorganisasikan kemudahan yang terdapat di dalam bilik darjah dan kawalan emosi murid-murid tetapi juga bergantung kepada sifat dan gaya guru mengajar, serta kecekapan dan kemahirannya dengan penggunaan alat bantu mengajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BILIK DARJAH


Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang,2008).

Faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. Bilik darjah yang kondusif mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya.

Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.(Haji Samsudin bin Md Noor,
http://www.google.com.my).


Faktor sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. Murid-murid dalam sesebuah bilik darjah biasanya terdiri daripada latar belakang dan sifat yang berbeza-beza. Terdapat juaga murid yang mempunyai sifat pendiam atau pemalu tidak suka bergaul dengan dengan murid yang lain. Oleh itu guru perlulah bijak merangsang dan menggalakkan perkembangan sosial murid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakan peraturan kelas (Mok Soon Sang,2008).

Dalam pendekatan memusatkan bahan, interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala.

Selain itu faktor sosial juga dapat dilihat melalui prosedur semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah dimana guru perlu menetapkan perkara atau rutin pergerakkan yang murid boleh atau tidak boleh lakukan dengan sistematik, seperti;

Cara murid memasuki kelas dan keluar kelas contohnya keluar ke tandas.
cara murid bergerak untuk melakukan tugasan dalam aktiviti berkumpulan contohnya mesti berada dalam kumpulan masing-masing dan tidak merayau-rayau dalam kelas.
cara murid untuk mendapatkan bahan-bahan pembelajaran contohnya mendapatkan pensil warna dan lembaran kertas kerja dari guru.


Faktor emosi pula merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan menimulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang di tentukan oleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya di timbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat seperti penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu, serta menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan adil, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih (Mok Soon Sang, 2008).

Faktor emosi juga dapat di lihat melalui kepimpinan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara jenis kepimpinan guru ialah;

Gaya Kepimpinan Aautokratik iaitu mengawal murid melalui ganjaran dan hukuman sehingga mengwujudkan suasana yang tertekan dan tidak menarik serta tidak kondusif.
Gaya Kepimpinan Demokratik iaitu berkongsi tanggungjawab dengan murid dengan memberikan galakan bukannya dengan desakan bagi menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokan.
Gaya kepimpinan Laissez-Faire iaitu kebebasan sepenuhnya dalam apa jua aktiviti pembelajaran sehingga menjadikan bilik darjah tidak terurus, kucar kucir, dan perhubungan antara guru dan murid menjadi tidak akrab dan mesra..

Selain itu guru juga perlu peka dengan tugasan yang di berikan kepada murid berorientasikan kepada peningkatan interaksi dan pertumbuhan kognitif di kalangan murid-murid (Dr Ragbir Kaur, 2008).

Dengan kata lain tugasan yang di berikan kepada murid-murid dapat mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid (Haji Samsudin bin Md Noor).


Faktor terakhir ialah faktor teknikal yang merujuk teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan belajar. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan penggunaan alat bantu mengajar mengikut peruntukan masa serta aktiviti-aktiviti yang boleh merangsang aktiviti pembelajaran seperti pertandingan perbahasan, deklamasi sajak, kuiz, drama dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini dapat merangsang semangat belajar murid agar mereka berusaha dengan lebih giat lagi (Mok Soon Sang, 2008).

Di samping itu persediaan guru merangkum pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Ada kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan, perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap (Haji Samsudin Bin Md Noor).

Walau bagaimanapun kehebatan pengajaran guru bergantung kepada kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, flesibiliti iaitu tidak sehingga membosankan, inovasi, kreatif, pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid, penglibatan murid dalam aktiviti kelas, dan pengurusan masa yang berkesan (Haji Samsudin bin Md Noor).


KESIMPULAN


Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum.

Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).













RUJUKAN

Mok Soon Sang. 2008. Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sek. Rendah:Komponen
1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya.

Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Sigh. 2007.Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk
KPLI Sek. Men. Dan Sek. Ren. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

Haji Samsudin bin Md Noor. Pengurusan Bilik Darjah Dinamik Ke Arah
Pembinaan Modal Insan Berkualiti.
(http://www.google.com.my/search?hl=en&q=pengurusan+bilik+darjah&btnG=Search&meta=cr%3DcountryMY online on 14/03/2008).

www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/PENGURUSAN BD.pdf – online on
1/4/08

Isnin, 2009 Mei 25

Pengenalan Kepada Pemulihan






· Dirujuk kepada mereka yang mempunyai masalah yang nyata dalam pemerolehan dan penggunaan deria mendengar, bertutur, membaca, menulis, menaakul atau mengira.

· Golongan ini adalah heterogenous (pelbagai).

· Mereka mengalami masalah dalaman yang mungkin berpunca dari masalah sistem saraf pusat.


Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan khas ialah ;

Ø Kecerdasan normal, tetapi prestasi pembelajaran di bawah tahap yang dijangkakan.
Ø Kurang memberi perhatian terhadap pelajaran.
Ø Perkembangan kognitif yang terhad.
Ø Keupayaan koordinasi motor yang lemah.
Ø Masalah membuat persepsi atau tanggapan yang betul.
Ø Kesulitan dalam pertuturan.
Ø Kesukaran dalam bacaan.
Ø Kesukaran dalam tulisan.
Ø Kesukaran dalam Matematik.
Ø Tingkah laku sosial yang tidak sesuai.

Ahad, 2009 Mei 24

selamat berkenalan

assalamualaikum.......
kawan baru nak mula buat blog....harap2 kali ni menjadi lah....sebelum ni dah 2 3 kali dah buat...tapi asik tebengkalai jer.....di harap blog ini dapat membantu kengkawan dan sesape jer yang nak mengenali KELAS PEMULIHAN dengan lebih terperinci lagi....
semoga blog ini dapat memberikan kebaikan untuk semua....InsyaAllah