cheegu PL. Dikuasakan oleh Blogger.


Selasa, 23 November 2010

apa itu LINUS....

Dicatat oleh Cheegu PL 0 ulasan

Definisi Numerasi Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian mengikut bahasa pengantar di sekolah Definisi Literasi Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian dalam Bahasa Malaysia Satu daripada National Key Result Area (NKRA) “semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012”. Program LINUS menyediakan instrumen saringan untuk menyaring, mengesan dan mengenalpasti penguasaan murid Tahun 1, 2 dan 3 . REKABENTUK INSTRUMEN SARINGAN

Berdasarkan 12 konstruk (perkara) asas literasi dan numerasi yang merangkumi definisi literasi dan numerasi Kesemuanya tergolong dalam asas literasi dan numerasi sejajar dengan definisi yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Murid yang menguasai kesemua 12 konstruk itu dianggap telah menguasai asas literasi dan numerasi. Murid yang tidak menguasai kesemua 12 konstruk itu akan melalui kelas pemulihan program LINUS atau kelas khas murid bermasalah pembelajaran.

PENGENDALIAN INSTRUMEN SARINGAN Tiga saringan mulai tahun 2010 Saringan 1 Untuk semua murid Tahun 1 - bulan Mac 2010 Saringan 2 Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 1 - Jun 2010 Saringan 3 Untuk murid Tahun 1 yang tidak melepasi Saringan 2 – September 2010 Keputusan Saringan 3 (Tahun 3) dalam bulan September 2012 akan dijadikan ukuran pencapaian MKPI.

INSTRUMEN SARINGAN Instrumen Saringan 1, Saringan 2 dan Saringan 3 mengukur konstruk yang sama Item bagi setiap instrumen dibina berdasarkan kedalaman kandungan (depth of the content) yang akur dengan perkara yang dipelajari murid dalam tahun berkenaan. Perkara yang diukur dalam NUMERASI; KONSTRUK 1 : Keupayaan mengenal pra nombor dan angka KONSTRUK 2 : Keupayaan membilang KONSTRUK 3 : Keupayaan memahami nilai nombor KONSTRUK 4 : Keupayaan membuat seriasi KONSTRUK 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia KONSTRUK 6 : Keupayaan menyatakan waktu KONSTRUK 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas KONSTRUK 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia KONSTRUK 9 : Keupayaan mengukur panjang, jisim dan isipadu objek KONSTRUK10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya KONSTRUK 11 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat KONSTRUK 12 : Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian yang melibatkan mata wang, masa, dan ukuran panjang. Perkara yang diukur dalam LITERASI;

Konstruk 1 - Keupayaan membunyi dan menulis huruf vokal dan konsonan KONSTRUK 2 - Keupayaan membunyi dan menulis suku kata terbuka dan tertutup KONSTRUK 3 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka dan tertutup KONSTRUK 4 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan membezakan vokal e taling, e pepet dan o KONSTRUK 5 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup ’ng’ KONSTRUK 6 -Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding KONSTRUK 7 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf ’ng’, ’ny’, ’sy’ KONSTRUK 8 - Keupayaan membaca dan menulis perkataan dengan imbuhan awalan atau akhiran KONSTRUK 9 - Keupayaan membaca dan menulis ayat tunggal KONSTRUK 10 - Keupayaan membaca dan menulis ayat majmuk yang mudah KONSTRUK 11 - Keupayaan membaca dan memahami perenggan KONSTRUK 12 -Keupayaan menceritakan bahan ransangan secara lisan atau penulisan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Permata Pemulihan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez