cheegu PL. Dikuasakan oleh Blogger.


Isnin, 22 Jun 2009

Guru berperanan dalam pembentukan pendidikan di Malaysia mencapai taraf pendidikan dunia

Dicatat oleh Cheegu PL
1.Pendahuluan
Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu..Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi atau impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu (Dr. Ismail Zain.) Apabila kita membincangkan tentang ilmu dan pendidikan sudah pastilah melibatkan para guru dan pendidik sebagai golongan yang amat penting sebagai agen pembangunan dan pembuka minda anak bangsa (Suara Dari Mimbar). Guru yang baik adalah guru yang mempunyai anjakan minda yang positif dan sentiasa mahu menjadi terbilang atau lebih baik daripada sebelumnya. Guru perlu menjadi pendidik cemerlang sebagai model dalam menangani cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh menjadikan ciri-ciri guru cemerlang sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku, prestasi dan pencapaian akademik yang berbeza (Rohana Man,2002). Pandangan sarjana tentang ciri-ciri seorang guru. Mohan dan Hull (1975) (
http://www.scribd.com/doc/2067734/Guru-Berkualiti-Penjana-Modal-Insan-Gemilang?query2=ciri-ciri+guru +berkualiti) mengenalpasti ciri-ciri guru berkualiti dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru. Mohamed Bin Muda pula menegaskan guru perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri berikut:
  • menguasai subjek (kandungan kurikulum)
  • mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
  • memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
  • memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
  • memiliki kemahiran kaunseling
  • menggunakan teknologi terkini
  • dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
  • boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
  • memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
Kementerian Pendidikan Malaysia pula menyenaraikan guru cemerlang mempunyai ciri-ciri dari segi kualiti seperti peribadi, pengetahuan dan kemahiran, hasil kerja, komunikasi dan sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara. Berdasarkan pandangan sarjana tentang ciri-ciri guru, kami menyimpulkan ciri-ciri guru yang perlu ada bagi membantu menghasilkan pendidikan bertaraf dunia adalah:
2.2 Mahir dalam ciri-ciri pengajaran efektif. Mak Soon Sang (2007) mengatakan ciri-ciri pengajaran efektif boleh dikenal pasti daripada perlakuan mengajar guru, iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 3.1 Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. (http://www.scribd.com/doc/2067734/Guru-Berkualiti-Penjana-Modal-Insan-Gemilang? query2=ciri-ciri+guru+berkualiti). Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.
3.2 Pelaksanaan pengajaran Selain itu ciri kemahiran yang perlu ada pada guru adalah kemahiran menyampaikan pengajarannya. Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
3.3 Penilaian pengajaran Ciri-ciri guru berkualiti yang seterusnya ialah guru mestilah membuat penilaian pengajaran. Ini ditegaskan oleh Ingham (dalam Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi.) yang menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 4. Rumusan Kesimpulannya bagi menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia, para guru perlulah menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Di samping itu guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu kearah menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia (Dr. Ismail Zain). Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Dalam meniti pendidikan bertaraf antarabangsa dengan ledakan ilmu dan kemajuan pesat dalam sains dan teknologi telah mendatangkan pelbagai inovasi dalam bidang pendidikan. Dengan itu, guru hendaklah memiliki ciri-ciri tertentu agar matlamat tersebut tercapai. Ciri-ciri guru dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek personaliti guru, ciri guru alaf baru dan ciri guru dari aspek pengajaran. Dengan ciri-ciri yang ada itulah matlamat negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia akan tercapai. Ini kerana, walau secanggih mana pun teknologi kita, kita tetap tidak dapat menidakkan fungsi seorang guru.

BAHAN RUJUKAN
Ee Ah Meng, Ilmu Pendidikan Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Selangor, 2003. Mok Soon Sang, Mtest (Ujian Penilaian Calon Guru Malaysia) Inventori Sahsiah Keguruan INSAK, Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd., Selangor, 2007.
Dr.Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat (Disember 1998), Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21. http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm online on 24/2/08 Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my/~pkaukm/BUKU%201%20&%202/PDF_buku%202/B8_Pend_Saedah_Nurhayati_Peningkatan%20Kualiti%20Pengajaran.pdf online 24/2/08 http://www.brunet.bn/news/pelita/20sept/khutbah.htm
(Guru ejen pembangunan dan perubahan minda ummah) online on 28/2/08 http://www.pustaka.usm.my/docushare/dsweb/Get/Document-8601/KUALITI+%20PERKHIDMATAN+GURU+DI+SEKOLAH+SEKOLAH+MENENGAH+DI+DAERAH+PULAU+PULAU+PINANG+SALMAH+KASSIM.pdf online on 28/2/08
 http://www.scribd.com/doc/2067734/Guru-Berkualiti-Penjana-Modal-Insan-Gemilang?query2=ciri-ciri+guru+berkualiti

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Permata Pemulihan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez